Selasa, Mac 23, 2010

PENGENALAN

PENGENALAN

Badan pengawas adalah sebuah badan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan sekolah. Badan ini terletak di bawah seliaan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Ia merupakan satu organisasi kepimpinan pelajar yang ditubuhkan di setiap sekolah bagi membantu pihak sekolah. Badan ini mempunyai beberapa orang guru penasihat yang bertindak sebagai tempat rujukan mahupun menerima nasihat dan motivasi bagi para pengawas sepanjang memikul tanggungjawab yang telah diberikan. Bilik Pengawas adalah satu bilik khas yang diperuntukan kepada Badan Pengawas Sekolah untuk mengadakan perjumpaan dan aktiviti yang dapat memupuk sifat kepimpinan.

OBJEKTIF

1) Melahirkan pengawas sekolah yang memiliki tahap disiplin yang tinggi di samping pencapaian akademik yang cemerlang.
2) Mewujudkan satu pasukan yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap semua tanggungjawab yang diberikan.
3) Membentuk individu yang memiliki jatidiri yang tinggi menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

VISI

Melahirkan pengawas sekolah yang berkarisma serta berketrampilan dalam apa jua bidang samada bidang akademik mahupun bukan akademik, agar dapat memberi sumbangan kepada sekolah, agama, bangsa dan negara.

MISI

Menjadikan pengawas sebagai satu modal insan yang unggul melalui disiplin diri yang tinggi dan aktiviti-aktiviti yang dapat melahirkan pelajar yang berkebolehan serta berketrampilan dari segala aspek.

SLOGAN

Kami Endah (We Care)

RASIONAL

Bilik Pengawas merupakan sebuah bilik khas untuk menjalankan aktiviti khusus para pengawas seperti mesyuarat, perjumpaan kumpulan, perbincangan berkaitan dan sebagainya.

PIAGAM PELANGGAN

1) Membimbing dan membentuk pengawas dengan ciri-ciri kepimpinan unggul melalui bimbingan dan aktiviti-aktiviti kepimpinan.
2) Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan dan teguran yang membina ke arah melahirkan pengawas yang berwibawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan